Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Waris Pondok:)

Duit Masyukk Bersama Tupperware ;)




Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua.
 Salam mawaddah warahmah.

Ecece. Berseri-seri, senyum sampai ke telinga dapat hasilkan belog ini. Pondok Tupperware. Entah macam mana boleh tercetusnya nama ni. Tapi ok la kan untuk mudah dikenali umum.

Sebenarnya,nak kongsikan sedikit bingkisan kenapa dan mengapa tercetusnya belog ini?? Kenapa dan mengapa saya memilih TupperwareBrand untuk jana pendapatan sampingan. 

Ehem ehem. Tegakkan badan di kerusi,tarik nafas dalam-dalam dan fuhhh ( hembus ).

Ok. Kalau anda anda semua nak tahu, sebelum ni saya dah cuba libatkan diri dalam pelbagai jenis perniagaan semata-mata nak cari side income. 

"Student pun nak cari income ke?? Tugas kamu BELAJAR ok,bukan cari duit." 

Oh no no no. Yes,I’m student dan saya bakal berkhidmat sebagai penjawat awam. Tapi tidak dilupa,status saya sebagai ‘anak sulung’ @ kak long tak boleh dibiarkan begitu sahaja. Memikirkan keadaan ayahanda dan bonda yang semakin hari,semakin merosot tahap kesihatan, saya menjadi khuatir dan bimbang untuk membiarkan mereka terus melakukan tugas-tugas berat selaku tukang rumah. Ya, ayah saya seorang tukang rumah.

So,saya cuba cari penyelesaian untuk bantu mereka. Saya sertai macam-macam bisness tapi macam tak ‘jalan’ sangat.Huhu. Tak reti kot nak berbisnes-bisness. Bayangkan anda register satu perniagaan ni,tapi langsung tiada guide,huish macam mana nak gerak?? Itu lah yang saya rasa. Ok stop. Malas dah nak berjual beli barang-barang ni.

Ditakdirkan satu hari tu, terbaca satu post oleh salah seorang sahabat muka buku. 

“Berminat nak jana income??Jom sertai TeamPower”. 

Err rasa macam menarik tertarik pulak. Tunggu apa lgi,terus mesej sahabat tu dan tanya. Yezza. Saya sertai TeamPower dalam perniagaan Tupperware. Masa tu memang ‘zero’. Langsung tak nampak jalan tapi nak jugak cuba. Lepas register tu,alahai macam susah jer nak mulakan. “Nak mula tang mana ni? Kiri ka? Kanan ka?”. Ambil masa lama jugak tau untuk saya betul-betul serasi dengan bisness ni. Itu pun setelah di push oleh upline untuk terus promote promote dan promote. Beliau ajar macam-macam. Beliau cadangkan untuk saya melawat stokis. Kenal-kenal stokis. Agak liat mula-mula tu.Adoiyy malasnya.

Satu hari saya cuba gagahkan diri,kuatkan mentaliti untuk ke stokis. Tak malu mengaku,memang dah rasa macam rusa masuk stokis Tupperware. Kelu. Godek punya godek, nak buat pembelian bagai dan bayar,Rm200 ++ jumlah pembelian hari tu. Errrr… Dalam sehari boleh buat pembelian Rm200++?? Tu orang kata, sambil-sambilan jer. Kalau betul-betul serious ni, mahunya dapat buat pembelian Rm2K dalam tangan. Hurmm mudah sangat nak capat target pembelian. Hee :D

Dah tahu cara,dah nampak jalannya, tiba-tiba jadi semangat tahap kritikal nak berbisness ni. Yes. It is truly easy. Syukran jazilan kepada upline saya yang tak jemu-jemu push saya untuk buat macam-macam. Ayat beliau yang tidak saya lupakan sehingga kini :

“nak senang,kena susah-susah dulu”.

Dan Alhamdulillah semangat tahap kritkal untuk berbisness tu masih sebati dalam jiwa.Harapannya agar terus terus dan terus kekal. Itulah sebabnya saya berada dalam TeamPower sekarang ini.Moga Allah berkati dan permudahkan jalan untuk saya membantu keluarga.

Anda nak rasai pengalaman seperti saya? Anda nak cuba bekerja di bawah guide hampir  99%??
Anda nak rasa berbisness dalam suasana keluarga? Ayuh kita mulakan langkah kita di sini. Ayuh tempah satu tapak anda untuk berjaya bersama kami. Boleh sms/call/ whatssAp saya untuk maklumat lanjut.



Muassalamah.