Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Waris Pondok:)

Lets pray for sabahan!

Assalamualaikum..



Kaifa halukum ya sadiqati? Subhanallah.Sangat lama tidak menulis di sini. Mungkin ramai yang ternanti-nantikan entry saya yang seterusnya bukan? *ayat perasan. ^^. Kekangan kerja menghalang diri ini untuk teguh berhadapan dengan komputer riba ini untuk mengulas entry yang seterusnya.

Alhamdulillah.Saya kini berada di teratak bonda tercinta dan bakal mengharungi cuti pertengahan semester selama seminggu. Ehem! Orang yang bekerja pun nak cuti juga. Hehe. 

Hurm.Bahang hangat sudah terasa kini.Bahang daripada cetusan 'perang' makin membuak-buak. Propaganda sudah melambai-lambai di sepanjang jalan.'Perang' apakah yang saya maksudkan? Err.'Perang' ini hanya untuk mereka yang berusia 21 tahun dan ke atas. Dan diri yang sedang menulis ini pun masih belum cukup umur sebenarnya.So,kita berhenti berbicara tentang itu buat masa sekarang ya.Wink^^

'Perang' tu perang la juga.Tapi jangan lupa,berita terkini adalah berkaitan kejadian tembak menembak di Lahad Datu, Sabah. Ini adalah ekoran daripada berlakunya pencerobohan di sana. Allahu. Tiba-tiba jantung saya berdebar-debar.Bagaimana keadaan sahabat-sahabat saya di sana? Moga Allah melindungi saudara mara kita di sana. Dan kepada anda,anda dan anda,haa jangan hanya sibuk berperang untuk pilihan raya sahaja,jangan lupakan saudara mara yang sedang dilanda musibah sekarang ini.

Ingat! 'Perang' pilihan raya jangan sampai lupa akan peperangan di Palestin.Akhir coretan,jangan lupa sedekahkan al-fatihah untuk dua orang anggota polis yang terkorban dalam peristiwa pencerobohan di Lahad Datu.Moga syahid menanti allahyarham.Ameen.

Takbir! 
Wassalam.:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan